Thursday 18 June 2015

Suasana Dalaman hOmestayZ Perth

Follow Instagram kami @homestayzperth untuk melihat gambar-gambar yang menarik di Perth.

Like page kami di Facebook

Untuk pendaftaran keahlian. klik sini.

Untuk tempahan/pertanyaan, klik sini Whatsapp +61423188471

hOmestayZ Perth adalah sebuah homestay Melayu Muslim yang terletak di kejiranan Rivervale,WA. Homestay ini terdiri daripada 2 bilik tidur, 1 bilik mandi dan 1 tandas yang berasingan. Mempunyai ruang tamu, ruang makan, dapur dan bilik cucian. Homestay ini juga mempunyai 'porch' tempat letak kereta di hadapan, halaman luas di hadapan homestay juga sesuai untuk meletak kereta, juga mempunayi halaman di belakang untuk menjemur pakaian cucian atau lakukan aktiviti BBQ.

Ruang halaman yang mampu menampung 2 kereta untuk parking.
Ruang Makan - Mempunyai ruang yang selesa untuk menjamu serta laluan ke halaman belakang.
Dapur - Lengkap serta mempunyai ruang yang luas untuk memasak.
Bilik Ibrahim - Katil saiz Queen yang selesa.
Bilik Ibrahim - Ruang bilik yang luas dan selesa untuk solat.
Bilik Habib - 2 Katil saiz Bujang yang bajet serta selesa.
Bilik Habib - Ruang bilik yang luas, selesa untuk solat.
Ruang Tamu - Bagi mereka yang datang dalam kumpulan besar, Katil Sofa dibuka sebagai tempat istirehat.
Ruang Tamu - Keadaan yang luas, selesa untuk bersolat.
Bilik Mandi - Tab Mandi, Shower dan Sinki (Air Sejuk/Panas). Mudah untuk ambil wudhu'.

Tandas - Secara berasingan dan disediakan bekas air untuk beristinjak.


hOmestayZ Perth tiada mengenakan syarat maksimum untuk tetamu menginap. Walau bagaimana pun, kami tidak menjamin keselesaan sekiranya bilangan tetamu lebih daripada kapasiti yang dinyatakan, iaitu samada 4 orang atau 6 orang.

Check-in seawal jam 7 pagi; Check-out selewat jam 12 tengahari.

*Bond keselamatan sebanyak AUD100.00 diambil dan akan dipulangkan setelah 48 check out.
*Kos Admin sebanyak AUD50.00 per tempahan.

Cara Pembayaran

1) 50% daripada Total diperlukan untuk 'Lock Booking' penginapan. Alamat akan diberi serta merta setelah pembayaran dilakukan.

2) Baki 50% pula perlu dijelaskan selewat-lewatnya 4 Hari sebelum tarikh check-in.

3) Segala pembayaran, adalah melalui akaun Maybank kami di Malaysia dengan mengikut nilai tukaran (kepada RINGGIT MALAYSIA) sewaktu hari pembayaran dilakukan.


Pemulangan Security Bond

1) Security Bond akan dipulangkan ke akaun anda setelah 4Hari check-out. Ianya adalah bagi menunggu laporan daripada Housekeeper (kontraktor pembersihan) yang telah dilantik untuk membuat pemeriksaan setelah anda check-out.

2) Security Bond akan disekat keseluruhan serta merta atas faktor-faktor berikut:

  • Perabot, peralatan serta kelengkapan elektrik dan air milik homestay dipinjam, dibawa keluar atau dialihkan tanpa kebenaran; serta dibazirkan, dirosakkan, dihilangkan atau dicuri.
  • Keadaan karpet atau lantai didalam dan luar homestay (termasuk juga bilik air dan tandas) menjadi kotor, berminyak, berair, basah serta licin. Vacuum dan peralatan pembersihan ada disediakan.
  • Mangkuk tandas, tab mandi serta sinki (bilik air/dapur/bilik cucian) ditinggalkan dalam keadaan kotor, berminyak, berair, basah serta licin. Pinggan mangkuk serta peralatan memasak perlu dilap kering dan disusun kembali ke ruang susunannya semula.
  • Peti ais, ruang dapur serta ruang makan ditinggalkan dengan Bahan Masakan berlebihan, Sampah, dan kekotoran lain. Peti ais mestilah dibersihkan dan dilap kering. Bahan Masakan yang berlebihan, dibungkus dengan baik dan dikumpulkan diatas meja makan, Housekeeper akan sedekahkan kepada yang memerlukan. Sampah perlu dibersihkan, dibungkus dan dibuang kedalam Tong Hijau di halaman depan homestay.
  • Dapur/Stove Elektrik perlu dilap bersih setiap kali selesai memasak atau digunakan, termasuklah ruang grill dan oven.

3) Segala budi bicara pihak tuan/puan dalam mengekalkan kesucian dan kebersihan homestay, amatlah kami harapkan. Agar ianya menjadi amal jariah kita bersama, dalam menyediakan penginapan yang Halal, Suci dan Sejahtera untuk musafir yang lain.

Nantikan PROMOSI dari kami dari masa ke semasa dengan ikuti kami di Instagram @homestayzperth 



Lokasi berdekatan dengan Belmont Forum Shopping Centre, bagi mereka yang berhajat membeli-belah pinggan mangku Corelle. Juga Chemist Warehouse untuk membeli minyak wangi. Kedai Halal sekitar Belmont Village dan Kooyong Village. Masjid Rivervale 5 minit memandu sahaja.

Menaiki bas No.37 dari Perth Airport (Terminal 3) dan ke Perth City. Perhentian bas terletak di persimpangan Kooyong Road-Roberts Road. Boleh rujuk pautan tersebut, klik di sini.


Pautan hOmestayZ Perth:
Utama   -   Promosi   -   Lokasi   -   Naik Bas   -   Sekitar   -   Dalaman   -   Masjid   -   Keahlian   -   Tempahan   -   Trip Bajet 


Lokasi-lokasi lain:
- Guangzhou (China)
- Bandung (Indonesia)
- Padang/Bukit Tinggi (Indonesia)
- Lombok (Indonesia)



Nantikan PROMOSI dari kami dari masa ke semasa dengan ikuti kami di 
Instagram @homestayzperth

Like page kami di Facebook

Untuk pendaftaran keahlian. klik sini.

Tempah Secara Online:
Klik Disini / Whatsapp +61423188471
Ellfie Beauty
Klik Iklan Rakan Blog Kami

Monday 20 April 2015

Solat dan Masjid Sekitar hOmestayZ Perth

Follow Instagram kami @homestayzperth untuk melihat gambar-gambar yang menarik di Perth.

Like page kami di Facebook

Untuk pendaftaran keahlian. klik sini.

Untuk tempahan/pertanyaan, klik sini Whatsapp +61423188471

Musafir di galakkan untuk hadir solat di mana-mana masjid berhampiran sekitar hOmestayZ Perth. Secara berjemaah 5 waktu ataupun pada waktu Solat Jumaat. Jika mahu solat di hOmestayZ Perth, sila rujuk buku panduan berkaitan adab mengambil wudhu' dan arah kiblat.

Jom Solat!!!

Solat Jumaat di Dewan Rivervale Community Centre:

Khutbah            : 1.00 Petang
Solat                 : 1.30 Petang
Tempat Wudhu : Tiada (Lengkapkan wudhu dari rumah)
Parking             : Sekitar taman rekreasi dan pusat komuniti.
Jarak                : 9 Minit (Jalan Kaki)

Peta perjalanan ke Dewan Rivervale Community Centre


Dewan Rivervale Community Centre - Tempat Solat Jumaat
Tempat letak kereta yang luas sekitar Rivervale Community Centre.
Dewan Rivervale Community Centre - Khutbah Jumaat disampaikan.


Solat Fardhu 5 Waktu & Jumaat di Masjid Rivervale:

Khutbah            : 1.00 Petang
Solat                 : 1.30 Petang
Tempat Wudhu : Ada
Parking             : Terhad di perkarangan masjid sahaja.
Jarak                : 5 Minit (Kenderaan)

Peta perjalanan ke Masjid Rivervale

Lokasi Terperinci Masjid Rivervale
 
Pandangan Hadapan Masjid Rivervale, WA

Pautan hOmestayZ Perth:
Utama   -   Promosi   -   Lokasi   -   Naik Bas   -   Sekitar   -   Dalaman   -   Masjid   -   Keahlian   -   Tempahan   -   Trip Bajet

Lokasi-lokasi lain:
- Guangzhou (China)
- Bandung (Indonesia)
- Padang/Bukit Tinggi (Indonesia)
- Lombok (Indonesia)


Nantikan PROMOSI dari kami dari masa ke semasa dengan ikuti kami di 
Instagram @homestayzperth

Like page kami di Facebook

Untuk pendaftaran keahlian. klik sini.

Tempah Secara Online:
Klik Disini / Whatsapp +61423188471



Ellfie Beauty
Klik Iklan Rakan Blog Kami

Suasana Sekitar hOmestayZ Perth

Follow Instagram kami @homestayzperth untuk melihat gambar-gambar yang menarik di Perth.

Like page kami di Facebook

Untuk pendaftaran keahlian. klik sini.

Untuk tempahan/pertanyaan, klik sini Whatsapp +61423188471

Keserasian dan keselesaan persekitaran merupakna faktor utama di dalam pemilihan penginapan. Ini adalah kerana penginap yang kebanyakannya adalah musafir, kurang maklumat serta info berkaitan Perth,WA.

Disini, kami cuba menyampaikan maklumat kepada anda agar tidak terlalu 'stereotype' atau berat sebelah. Buat pengetahuan anda semua, tidak semua tempat di Perth bebas dari kadar jenayah dan isu-isu perkauman. Terutamanya kawasan yang ramai penduduk asli. Kami hOmestayZ Perth bersyukur kepada Allah s.w.t kerana kejiranan kami rata-ratanya merupakan bangsa yang mesra dan saling hormat-menghormati tanpa mengira bangsa ataupun agama.

Pihak penguatkuasa tempatan juga ada membuat rondaan keselamatan 24/7 walaupun waktu cuti umum, bagi menambahkan lagi jadual rondaan yang telah dilakukan pihak Polis Western Australia. Ditambahkan lagi dengan kejiranan yang 'Busy Body' secara positif, yang terlalu menitik beratkan soal kejiranan. Anda akan selesa menginap di hOmestayZ Perth. Tidak ubah seperti suasana perkampungan di tanah air pada awal 80-an.

Rivervale terletak di bawah pentadbiran City of Belmont. Antara lokaliti yang paling efektif dan aktif kejiranannya di Perth. Terletak antara Airport dan Perth City, memberi kelebihan kepada lokaliti ini dari segi ekonomi dan masa kekeluargaan.

Jom Jalan-jalan!!!

Peta - Kemudahan sekitar hOmestayZ Perth

Great Eastern Highway (5 Minit Memandu) - Lokasi kedai 24jam - Deli 24hrs; pam minyak - PUMA.
Belmont Avenue (5 Minit Memandu) - Lokasi membeli barangan masakan asian - Yeo's.
Orrong Road (5 Minit Memandu) - Lokasi restoran melayu Spicy T'Cafe.
Abernethy Road (5 Minit Memandu) - Lokasi untuk farmasi dan minyak wangi - Chemist Warehouse; dan barangan 'second hand' serta 'bundle' - Good Sammy & Salvos.
Abernethy Road (5 Minit Memandu) - Lokasi untuk membeli perkakasan elektrik murah - The Good Guys; dan perkakasan tukang serta hiasan 'DIY' - Bunning's Warehouse.

Kooyong Village - Kooyong Road (10 Minit Jalan Kaki) - Lokasi untuk membeli barangan runcit,
sayur, buah - IGA; pizza, kebab - Ali Baba(Halal); fish & chips; farmasi; klinik dan pejabat pos - AusPost.

Belmont Village - Belmmont Avenue (15 Minit Bas 37 Transperth) - Lokasi untuk membeli barangan runcit,
sayur, buah - IGA; daging, ayam, kebab - Halal; dan nasi arab - The Ghan.

Belmont Forum - Belmont Avenue (15 Minit Bas 37 Transperth) - Lokasi untuk membeli-belah barangan berharga
dan berjenama - BigW & K-Mart; kebab (Halal) - food court; barangan runcit, sayur, buah dan makanan laut - Coles, Woolworth & IGA; tempat membeli Corelle. Serta lokasi 'Sunday Market' atau 'Flee Market' pada pagi hari Ahad.
Belmont Oasis Leisure Centre - Robinson Avenue (15 Minit Bas 37 Transperth) - Lokasi rekreasi dan riadah, kolam renang dan gymnasium.

Pautan hOmestayZ Perth:
Utama   -   Promosi   -   Lokasi   -   Naik Bas   -   Sekitar   -   Dalaman   -   Masjid   -   Keahlian   -   Tempahan   -   Trip Bajet


Lokasi-lokasi lain:
- Guangzhou (China)
- Bandung (Indonesia)
- Padang/Bukit Tinggi (Indonesia)
- Lombok (Indonesia)




Nantikan PROMOSI dari kami dari masa ke semasa dengan ikuti kami di 
Instagram @homestayzperth

Like page kami di Facebook

Untuk pendaftaran keahlian. klik sini.

Tempah Secara Online:
Klik Disini / Whatsapp +61423188471

Ellfie Beauty
Klik Iklan Rakan Blog Kami

Lokasi hOmestayZ Perth

Follow Instagram kami @homestayzperth untuk melihat gambar-gambar yang menarik di Perth.

Like page kami di Facebook

Untuk pendaftaran keahlian. klik sini.

Untuk tempahan/pertanyaan, klik sini Whatsapp +61423188471


Awak kat mana???

hOmestayZ Perth terletak di Suburb Belmont, lokaliti City of Belmont. Lokasinya yang strategik iaitu antara Perth Airport dan Perth City.

Peta - Kedudukan hOmestayZ Perth yang hampir dengan Perth Airport dan Perth City.

Peta - Laluan yang mudah dan singkat untuk ke Perth City
Mudah untuk mencari lokasi hOmestayZ Perth samada melalui GPS, mahupun Google Map.

GPS:
1) Masukkan Suburb : Belmont,WA
2) Masukkan Jalan : Chester Street
3) Masukkan Nombor Premis : (Hanya kepada mereka yang sudah menempah)*

Google Map:
1) Pilih Direction.
2) Pilih Lokasi Permulaan : Perth International Airport T1
3) Pilih Lokasi Akhir : 40, Chester Street, Belmont, Western Australia (Contoh alamat berhampiran)*

* Atas faktor keselamatan dan privasi penginap hOmestay Z Perth.

Pautan hOmestayZ Perth:
Utama   -   Promosi   -   Lokasi   -   Naik Bas   -   Sekitar   -   Dalaman   -   Masjid   -   Keahlian   -   Tempahan   -   Trip Bajet 


Lokasi-lokasi lain:
- Guangzhou (China)
- Bandung (Indonesia)
- Padang/Bukit Tinggi (Indonesia)
- Lombok (Indonesia)


Nantikan PROMOSI dari kami dari masa ke semasa dengan ikuti kami di 
Instagram @homestayzperth

Like page kami di Facebook

Untuk pendaftaran keahlian. klik sini.

Tempah Secara Online:
Klik Disini / Whatsapp +61423188471
Ellfie Beauty
Klik Iklan Rakan Blog Kami

Saturday 18 April 2015

Selamat Datang ke hOmestayZ Perth



Follow Instagram kami @homestayzperth untuk melihat gambar-gambar yang menarik di Perth.

Like page kami di Facebook

Untuk tempahan/pertanyaan, klik sini / Whatsapp +61423188471

Assalamualaykum dan Selamat Sejahtera...

Terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi menyusuri ruang hOmestayZ-Perth yang serba sederhana dan BAJET ini. Di laman sawang ini, anda akan dapat mengalami pengalaman menjalani kehidupan di Perth, Western Australia ini. Segala maklumat serta info berkaitan juga akan dikongsi bersama diruang ini.

Kami merupakan gabungan pelajar yang menuntut di Perth, bersama-sama menyediakan penginapan yang pada dasarnya untuk kemudahan keluarga dan rakan-rakan kami mengunjungi kami di Perth. Maka apalah salahnya jika kami buka pintu menjemput anda sebagai tetamu untuk bersama-sama merasai kehidupan di Perth sepertimana kami yang lain.

Perth merupakan bandar yang unik. Unik dari segi rupa bentuk bangunan, keadaan susun atur taman-taman rekreasi, tempat lawatan serta BUDAYA. Percampuran budaya dari seluruh dunia telah menjadikan mereka di Perth saling bertolak-ansur dari segala aspek. Saling hormat menghormati dan tidak mementingkan diri.

Jom PERTH!

Panorama Perth City dari King's Park
Panorama Perth City dari seberang Swan River.


Pautan hOmestayZ Perth:
Utama   -   Promosi   -   Lokasi   -   Naik Bas   -   Sekitar   -   Dalaman   -   Masjid   -   Keahlian   -   Tempahan   -   Trip Bajet

Lokasi-lokasi lain:
- Guangzhou (China)
- Bandung (Indonesia)
- Padang/Bukit Tinggi (Indonesia)
- Lombok (Indonesia)

Nantikan PROMOSI dari kami dari masa ke semasa dengan ikuti kami di 
Instagram @homestayzperth

Like page kami di Facebook

Tempah Secara Online:
Klik Disini / Whatsapp +61423188471
Ellfie Beauty
Klik Iklan Rakan Blog Kami